31 July, 2013

Guru dan murid : Dulu dan kini

Agak2 tajuk entri ni banyak orang cari ke? hahaha....maklumlah nak tarik reader lain ke blog aku ni. Orait, kita berbalik ke landasan tajuk entri hari ni. Topik kali ni berkenaan guru dan murid-murid zaman kini. Aku tertarik dengan satu artikel yang aku baca ni di mana seorang bapa membuat laporan polis sebab anaknya telah dirotan oleh cikgunya disekolah. EHHHH????? kok jadi begitu dong. Aku hairanlah dan musykil di kepala ni.

Kita flashback balik zaman aku sekolah dulu-dulu. Dulu aku ni dikategori sebagai budak normal tapi nakal hahaha. Ada la satu hal ni kat sekolah agama aku dengan member2 buat bising dalam kelas. Sekali nama aku naik dan telah direport oleh ketua kelas kepada ustaz yang garang ni. Nahh, dengan RELA hatinya aku telah dilibas di tapak kaki beberapa kali. Hampir menitik la airmata. Bengang tul aku dengan kaki report ni. Bukan dekat sini jer, sekolah menengah pun berulang kes kene rotan. AKAN TETAPI, tak pulak aku suruh family aku pi report polis. Silap-silap, aku balik kena lagi sedas kat rumah huhu. Alhamdulillah akhirnya, aku menjadi seorang yang berguna dan menyedari setiap yang berlaku itu ada kebaikan untuk masa depan kita. Thank you to all my teacher that teach me with Rotan.

Haa itu kisah aku dahulu kala. Zaman sekarang ni budak2 terlalu dimanjakan. Tak boleh cikgu nak ajar dan disiplinkan diri dengan rotan. Report kat mak bapak pastu mak bapak pi wat report polis cakap cikgu rotan. Wadehel.....Dalam hal ni, siapa yang bengap(sori bahasa agak kasar skit)? Bak kata seseorang dalam post Facebook dalam isu ni, mak bapak yang bengap akan membuatkan anak-anak jadi bengap. Sebab ape? Sebab manjakan sangat anak. Tengoklah, baru darjah 6 dah pakai i Pong 4. Aku dulu nak pakai henset pun tak mampu lagi. Then bila anak kene rotan makbapak bising sampai buat report polis. Bila anak tak dapat keputusan yang bagus, salahkan cikgu jugak sebab tak pandai ajar.

Sebenarnya makbapak macam ni patut kena sekolah balik. Kerjaya dan kejayaan membuatkan mereka ni lalai dalam menjalankan tugas sebagai pendidik di rumah. Yer, DI RUMAH. Jangan harapkan cikgu untuk didik anak. Kalau dah cikgu ni banyak sangat salahnya sampai nak rotan untuk disiplin pun tak boleh, simpan duit dan ajar sendiri anak kat rumah. Masa tu tau lah betapa malasnya anak diorang ni buat keje sekolah. Memang ketara sangat zaman sekolah aku dengan sekarang ni. Terlalu dimanjakan sampai nak jentik pun tak boleh. Ok cukup-cukup nanti batal puasa aku hahaha. Baru semalam lampu motor kene kopak. Aku syak budak yang buat sebab masa tu banyak budak-budak lepak sana sini. Kalau aku dapat, memang aku bagi suatu pengajaran yang dia takkan lupakan hahahaha(gelak jahat).
Reactions:
Categories: