04 March, 2014

Pelanduk itu dua serupa

Woww..lama betul aku tak tulis apa-apa dalam blog ni sejak aku menjadi semakin banyak benda nak dibuat. Kalau blog ni boleh di tiup mahu keluar habuk-habuk hehe. Kebiasaanya aku ni jenis tak banyak sangat nak diceritakan macam orang lain dan biasa untuk disimpan dalam hati. Tapi sesekali kalau cerita tu boleh memberi manfaat dan buah fikiran untuk pembaca apa salahnya kan? kan? kan?

Entri kali ni cuma nak kongsi apa yang terlintas dalam ini kepala. Tajuk entri pun entah apa-apa pasal aku tulis pun dah pukul 2 pagi. Bermakna kepala ni tengah naik sheikh hahaha. Ok we straight to the title, semalam aku berlegar2 lah ke Giant di Shah Alam mencari barang. Memang melilau lah mata memandang sana sini. TIBA-TIBA aku terpandang pada sosok dari side tepi seperti seseorang yang pernah aku kenali suatu ketika dahulu. Masa dia toleh tu aku terus larikan mata aku ni dari pandang dia sebab memang lama gak aku perhati. Sesekali tengok dari jauh tapi lepas beberapa ketika terus hilang dari pandangan.

Hati rasa berdebar-debar. Adakah DIA yang selama ini hilang tanpa khabar berita? Dalam pada masa yang sama, kalau betul la dia rasa nak jer pergi tegur tapi satu lagi firasat dah tak mahu tegur dah. Maka berpusing2 lah aku dalam Giant tu sambil memikirkan masalah ini. Sesekali melilau gak mata mencari orang tadi. Sebab nak pastikan betul ker dia. Dah jumpa barang pi la bayaq kat kaunter. Sempat juga aku pandang dalam kesesakan orang dalam Giant tu kot-kot terjumpa. Memang. Aku ternampak semula kelibat sosok itu. Aku pandang lama dari jauh sampai berkerut untuk mengesahkan identiti sosok itu. Hambik ko, sekali bukan daa. Tinggi orangnya padahal orang yang aku kenal tu sama level jer dengan aku hahaha.

Tapi apa yang nak aku sampaikan, walau macam mana sekalipun kita benci pada seseorang, pasti ada sekelumit dalam minda kita ingat pada dia. Sama la macam aku, masih ingat lagi kat dia. Dulu dia memang penting bagi aku tapi itu DULU LA. Sekarang aku tak kisah lagi. Selepas rasa kecewa dipermainkan, aku teruskan kehidupan tanpa perlu keterlaluan meratapi kesedihan itu. Tapi sesekali terasa nak jumpa dengan dia semula. Seperti sahabat yang lama terpisah. Bercerita tentang keadaan diri. Masa depan masing-masing. Dan aku nak bagitau dia yang aku bahagia tanpa dia. Aku nak ucapkan terima kasih untuk pengalaman ini. Benar. Aku kadang2 teringat kat dia. Di mana dia sekarang ni. Kalau di izinkan, aku nak jumpa dia sekali lagi. Last chance. Selepas ni, aku akan lebihkan masa aku untuk yang tersayang. Setiap kali lagu Wings tu keluar, seboleh2 nya aku nak elak dengar tapi aku suka lagu tu. Sebab ada nama dia....

Udah la tu yop, toksah lor termonung jauh kek tanggo tu. Moh la kito tidoq dulu....
Categories: