21 March, 2013

Kembali ke zaman rock dulu-dulu

Pada bulan Mac 2013 akhirnya aku berjaya membuka semula blog ni yang tak tau apa nak jadi agaknya. Langsung tak tulis apa-apa untuk blog ni. Ala, rilek la blog ni untuk suka-suka saja, nak isi masa lapang dan kongsi cerita jika ada. Hari ni aku nak kongsi cerita sikit. Tajuk pun dah beritahu nak cerita apa jadi kita layan cerita rock dulu-dulu.

Ada satu hari tu aku terdengar satu lagu yang dah lama aku tak dengar dan tak silap aku tajuk lagu tu 'Sembilu'. Korang rasa tau tak sapa penyanyi lagu tu? Orang zaman 90an mesti tau siapa penyanyi lagu tu. Kenapa aku cakap camtu? Tengok la budak-budak zaman sekarang asyik layan Kpop la, Jpop la dan macam-macam lagi muzik generasi baru. Tapi tak semua kan camtu hehe...Ok, berbalik pada penyanyi tadi biar aku tunjuk muka dia confirm korang kenal punya hehehe


Kan aku dah cakap, korang kenal punya. Ni lah dia penyanyi rock wanita Malaysia paling berjaya, Ratu Rock Ella. Jadi bila terdengar lagu 'Sembilu' tu esoknya terus aku cari lagu tu balik. Taip kat youtube dan tiba-tiba keluar satu playlist lagu-lagu Ella (sebenarnya ada satu lagi penyanyi nama Ella tapi omputih daa). Apa lagi aku mainkan playlist tu yang ada dalam 30lagu lebih rasanya. Tu dia, lagu-lagu zaman aku kanak-kanak keluar. Terus teringat dulu aku ada kaset dia tapi ntah mana aku simpan terus hilang ditelan zaman. Apa lagi layan la lagu Ella dari pagi sampai balik kerja. Esoknya sambung lagi dengar. Memang ntah apa kena dengan aku agaknya layan sampai berkali-kali.

Sambil tengok video Ella kat youtube, baca gak komen-komen user dan kebanyakan memang suka lagu-lagu dari ratu rock Malaysia ni. Layar Impian, Nuri, Mat Kental, Sembilu dan banyak lagi lagu yang layan habis. Sampai ke tahun 2013 lagu-lagu ni tetap segar dan tak mudah bosan. Selain dari tu, aku jadi rajin buat research pasal penyanyi ni dan yang bestnya Ella ada guna khidmat gitaris terkenal seperti Slash Gun N Roses dan gitari dari Jepun, Kyoji Yamamato untuk album dia. Pehh, gempak gila. Aku tak tau langsung pasal ni. Maklumlah dulu nak beli kaset takde duit, tak berapa kisah sangat pasal budak-budak lagi aku time tu. Kalau nak dengar lagu yang dapat sentuhan Kyoji Yamamato, dengar lagu 'Nuri'. Mesti korang ingat lagu tu dan layan. Sumber info klik sini Muzikrock

Kebanyakan lagu-lagu Ella ni semua lagu popular dan ada sesetengah tak pernah dengar atau jarang diputar kat radio. Dah tentu lagu kesukaan aku macam Layar Impian, Nuri, Standing In The Eyes Of The World, Sembilu, Kesal dan Gemilang jadi lagu wajib next karoke(kalau pi karok la haha). Kalau korang dengar lagu Standing In The Eyes Of The World, mesti korang rasa semangat dan ingatkah lagi korang lagu tu jadi lagu pembakar semangat masa Sukan Komanwel 98 kat KL. Time tu aku kecik lagi sekolah rendah. Bila dengar balik memang sentimental la jadinya haha. Meh aku kongsi link video nya.


Layan kan. Ok lah da malam dah. Aku nak tidur dulu. Lain kali aku tulis kat sini lagi.
Reactions:
Categories: