Beberapa bulan yang lepas, aku tertanya-tanya pada diri aku sendiri, apa kebolehan aku sebenarnya? Untuk pengetahuan korang, dulu aku ambik diploma seni reka seramik selama 3 tahun. Mulanya aku nak masuk jabatan grafik tapi sebab kuota dah penuh, aku teruskan jer belajar hal2 berkaitan seramik. Sambil2 tu juga aku blaja jugak cara nak guna software grafik dengan usaha sendiri dengan bantuan membe2 grafik. Tetapi aku tak belajar mengenai ilmu2 grafik yang sebenarnya. Pengertian terhadap term2 grafik, apa tugasannya dan lain-lain lagi. Hanya yang ada dalam kepala aku ketika tu, buat grafik ni macam kita buat kartun, animation, poster dan lain-lain yang kita leh lihat kat TV dan sebagainya.
Selepas tamat diploma, akhirnya aku dapat gak sambung degree dalam bidang seni reka grafik. Cuma di level tu, aku hanya di ajar lanjutan dari asas seni reka grafik, tidak tentang asasnya. Disitu baru aku tau terdapat pelbagai bidang atau term2 mengenai grafik yang perlu aku ketahui tapi masa tu aku macam hentam saja la janji dapat masuk. Bila dah abes blaja ni, aku masih tertanya2 bidang atau tugasan macam mana sesuai dengan jiwa aku. Copywriter, Advertising Designer, Graphic Designer adalah sebahagian dari dunia grafik. Tapi aku pula kurang paham mengenainya pasal aku rasa sama jer.
Jadi untuk tidak memeningkan kepala dan korang yang baca entri ni, aku ringkaskan skit. Aku search google tentang isu ni dan hasilnya aku dah faham apa perbezaannya. Aku ringkaskan penerangan supaya korang pon paham gak.
Graphic Designer : tugasannya berkaitan design untuk poster, flyers, below the line, dan sebagainya.
Advertising Designer : tugasannya berkaitan macam mana kita nak design konsep sesuatu pengiklanan supaya mesejnya sampai kepada orang ramai.
ini yang aku paham tentang beza graphic design dengan advertising designer. Tengok sini untuk reference atau google sendiri je la hehehe.
Sekarang aku dah tau serba sedikit tentang kelebihan yang aku ada. Tapi kalau diikutkan boleh jer kalau aku nak jadi advertising designer tapi otak aku ni lambat nak proses so maybe dalam 4 5 tahun lagi leh la try job tu hehehe. Buat masa ni aku memang fokus kepada tugasan sebagai graphic designer. So sape2 nak aku design something, leh la contact aku ( cehh sempat lagi promote tu hahaha)
25 March, 2011
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
7 komen :
selamat berjaya bro..
trimas dinie :-)
grafik designer tu die wat ape..melukis kartun ke?
kalau melukis kartun orang panggil kartunis....kalau yang buat kartun yg kite tgk kat tv tu animator yg buat....grafik designer ni lebih kepada buat rekaaan grafik untuk brochure, bunting, poster dan sebagainya...
sy ase nak amek gak grafik ni..bpe byk sbnrnya pecahan course dalam bidang ni? pe beza grafik n mltimedia? sori byk tnya..trikh ttup upu da dekat..ngee~
schu hada : bape banyak pecahan tu susah skit nk explain pasal shah fokus 1 benda jer hehehe...beza grafik dgn multimedia, multimedia lebih kepada interaksi elemen grafik contoh montaj video dan sbgnya...grafik lak apa yg shah tau more on printed mcm buat design advertising, packaging design dan sbgnya...kalo nak faham...google la sendiri hehehe :-P
Kalau kita ada diploma seramik ... dimanakah halatuju seterusnya untuk ke peringkat degree ?
Post a Comment