Sejarah Blog


As Salam dan selamat datang kepada Bloggerian yang menjengah blog yang tak seberapa ini hehe. Seperti tajuk yang terpampang kat atas ni, aku nak cerita sikit lah pasal blog ini. Sejarah apa aku nak cerita? Eh sukati aku la nak cite ape hahaha ( gurau jer). Orait, mula-mula sekali, blog ni wujud dan terwujud pada tahun 2008 kalau tak silap aku. Ini semua gara-gara culture shock dengan kawan-kawan baru yang aku kenal masa belajar degree dulu hehe. Masing-masing dok meluahkan rasa yang terbuku dihati kat blog masing-masing ( masa tu Facebook belum nak naik lagi). Aku pun terjebak la dalam dunia blogger ni. Mula-mula buat blog ni pun nak cerita aktiviti atau apa-apa jer yang terlintas dalam kepala ni. Tapi lama-lama cam bosan lak dok cerita hidup aku jer sesekali nak gak post pasal panduan, tutorial dan sebagainya. Dan hasilnya dalam blog ni aku gabungkan kesemuanya ( aku malas nak buat blog banyak-banyak untuk tujuan tu ).

Selain itu, tahap keaktifan blog ini pun aku nak cerita gak. Eh biarlah aku nak cerita hahaha gurau jer...ok sambung balik. Dulu bukan main rajin update, sekarang ni bukan jer jarang tapi langsung takde masa. Maklum lah dah bekerja ni. Balik rumah penat. Makan pastu tido kemudian bangun balik pi keje. macam tu la kitaran hidup aku. Dan lagi satu, aku aktif di mukabuku jer jadi aku biarkan blog ni bersawang hahaha. Tapi lama-lama aku bosan mengadap mukabuku tu aku pun mula la menjengah blog yang lama ditinggalkan ni.

Kemudian, perubahan link blog dan juga nama blog ni pun berubah-ubah. Tapi sekali perubahan jer hehe. Dulu nama blog ni 'Souledge Area' dan link nye 'souledge_shah.blogspot' kalo tak silap aku. Sekarang ni aku tak tau la follower aku yang dulu leh dapat feed dari aku atau tak pasal link dah tukar. Blogger ni satu jer problem, tak leh nak syncro dengan link lama dengan link baru. La ni dah tukar baru, lebih senang nak sebut dan senang ingat (kalau ingat la kan lalala).

Template blog ni pun banyak kali ditukar. Sebab masa tu aku ghairah dengan coding html dan css. Dok tukar itu ini jadi cantik dan meriah. Bubuh widget itu ini kasi lagi menarik. Bajet blog fofular hahaha. Sekarang ni pakai template biasa jer. Dah takde keghairahan lagi macam dulu dan sekarang ni template yang korang view ni pun aku nak tukar yang simple dan tak memberatkan loading page korang.

Gaya penulisan pun aku nak cerita ker? Takpelah alang-alang aku cerita sekali jalan hahaha. Dulu suka bebenor aku guna shortform dan campur bahasa. Sekarang ni  aku cuba nak tulis tanpa shortform. Sebabnya nak memartabatkan bahasa kita yang makin lama makin entah apo apo entah. Bebudak zaman sekarang ni suka bebenor eja saya "sayew", Kita "kitew", Comel " chumel" dan kadang-kadang sampai terbelit lidah nak menyebutnya. Tapi kadang-kadang aku tulis gak bahasa harian yang kita guna jadi lebih enjoy kita membacanya betul tak hehehe.

Dan berakhirlah penceritaan sejarah blog ini. Kenapa aku posting pasal benda ni? Pasal ini blog aku la hehehe dah siapa-siapa yang dah habis baca ni gi tekan butang Follow tu kalau belum lagi ok hehehe. Peace! I Follow~