28 March, 2011

Jump Break, Fungsi untuk buat 'read more' tanpa perlu coding

Sebenarnya, fungsi Jump Break ni dah lama ada cuma aku jer tak pernah usik pon hehehe pasal sibuk sangat nak buat coding untuk buat fungsi read more. Padahal Jump Break ni lagi senang guna dan tak payah nak usik kat bahagian edit HTML selain kita boleh tunjuk sinopsis entri kita ni ikut suka kita. Ok pada korang yang tak tau macam mana nak guna Jump Break ni, hari ni aku ajar camne nak buat.

Mula-mula sekali, korang klik setting dan cari 'Archiving'. Pastikan korang set pada archiving tu macam ni :
2. Lepas tu, korang create new post dan tulis lah apa yang korang suka untuk entri korang. Kemudian korang leh la letakkan Jump Break dibahagian mana-mana entri korang. Contoh untuk ini korang tengok gambar kat bawah ni :
nampak tak garisan putus-putus tu? itulah fungsi Jump Break. Dah selesai tulis entri korang leh save dan publish. Korang boleh tengok hasilnya melalui blog aku ni hehehe. Senang je kan. Tak payah nak bubuh coding ntah pape semata-mata nak buat function read more tu. Selain dari itu, korang juga leh tukar perkataan 'read more' kepada ayat yang korang berkenan di hati hehehe. Cara nak ubahnya pergi kat design > page element. Kemudian korang klik edit kat bahagian blog post. Tengok gambar ni untuk rujukan.
Macam aku sekarang ni guna ayat 'Seterusnya' untuk menggantikan perkataan read more. Kemudian save dan lihatlah hasilnya. Korang berjaya buat Jump Break dengan usaha sendirinya hehehe.
Reactions:
Categories: