30 March, 2011

Photoshop Tutorial : Tilt Shift Scene ( Miniature Faking)

Mesti korang tertanya-tanya ape benda Tilt Shift ni. Ok sebenarnya ini adalah salah satu teknik yang digunakan dalam dunia fotografi. Kepada photographer kat luar sana mesti tahu pasal teknik ni. Aku tak reti nak jelaskan lebih terperinci teknik ni tapi korang leh rujuk artikel ni di sini. Teknik ini menghasilkan gambar seperti miniatur. Tak faham?Sekarang ni korang tengok contoh gambar yang menggunakan teknik ini :

Ape perasaan korang lihat gambar ni? Gambar ni aku yang snap TAPI ajaibnya aku hanya gunakan kamera henpon jer. Kalau di ikutkan korang kena guna kamera DSLR untuk hasilkan efek macam ni. Sebenarnya aku edit dalam photoshop jer hehe. Nak tahu macam mana nak buat teruskan baca entri ini untuk tutorial penuh.

Sebelum mulakan tutorial ni, mesti ingat untuk hasilkan scene seperti ini pemilihan gambar sangat penting. Kebiasaannya view gambar mesti dari atas jadi pilih viewpoint gambar yang betul2 sesuai. Jadi kalau tak faham penerangan aku ni korang google sendiri berkaitan tilt shift ni k hehehe. Ok jom mulakan tutorial ni.

1. Untuk tutorial ni, buka gambar ini dalam photoshop.
2.Lepas tu, tekan 'Q' pada keyboard untuk masuk quick mask mode. Pilih gradient tool atau tekan 'G' pada keyboard kemudian buat seperti pada gambar bawah ni :
3. Dah buat seperti gambar di atas, tekan 'Q' untuk keluar dari quick mask mode dan korang dapati ada garisan putus2 disekeliling gambar. Tekan shift+ctrl+ I dan korang dapat hasil seperti ini :
4.Sekarang pergi ke Filter > Blur > Lens Blur dan ikut setting seperti gambar di bawah :
5. Dah ikut setting tadi, tekan OK dan korang dah dapat hasilnya seperti ini
6. Untuk dapatkan lagi kesan yang lebih menarik, korang boleh cuba setting Level dan Curve mengikut kreativiti korang. Untuk tutorial ni, aku guna setting tersebut seperti gambar di bawah :

7. Dan hasilnya korang akan dapat macam gambar dibawah.
Siap. Korang berjaya hasilkan efek miniature tanpa perlu guna DSLR hehe. Sekiranya ada salah info tentang tilt shift ni sila bagitau sebab aku juga baru belajar tentang teknik ni.
Categories: