02 April, 2011

Belajar HTML 'Do It Yourself' la

Dan seperti biasalah, memalam camni aku akan meng'overnight' kan diri dengan tak tau nak buat apa. Balik-balik bukak laptop, online jap tengok sana sini pastu tutup. Tengok tv jap pastu bukak balik laptop download la ape la tapi nasib baik la bandwith abes kalo tak ada je benda nak download ( nasib baik??)Hmmmm....sebenarnya aku banyak benda dalam kepala aku ni nak buat (kononnya ada la projek skit nak buat hehe) tapi mungkin aku ni agak kurang pandai menguruskan masa dengan cekap so kadang2 tu bila ada artwork sendiri nak buat mesti bertangguh2 baru siap..hmmm shah~shah~...

Sebelum ni, aku terniat nak belajar sendiri coding HTML untuk buat website tapi aku tak tau kat mana nak cari website yang bagi panduan yang senang difahami dan ringkas. Google punya google terjumpa la satu website ni yang memang berguna untuk beginners macam aku. So aku nak share website ni kat korang yang membaca blog ni (TQ hehe)...dan ini diaa

W3Schools.com

Pendapat aku tentang website ni?

Content dalam ni sume nye lengkap dan mudah difahami.Website ni ajar korang dari A - Z mengenai HTML tag. Tag ape? Korang tengok la sendiri kat website tu. Selain tu selain dari mengajar kite memahami konsep HTML ni serta cara penggunaanya, website ni provide jugak tools untuk korang 'Try n Error' di mana korang leh cuba taip tag yang diorang ajar dan tengok hasilnya. Memang banyak membantu korang memahami tentang HTML tag. Mula2 aku nak belajar ni, pening2 gak pasal banyak sangat coding tapi pas tengok website ni, aku faham konsep HTML ni untuk buat website lagi mudah. Ni baru je HTML belum lagi korang nak faham tentang CSS. Ha! tercengang korang hehehe...ape pun korang try la tengok sendiri website ni dan belajar.

Satu lagi lupa nak cakap, website ni jugak provide exam khas untuk korang dan dapat sijil yang di iktiraf plak tu. Tak silap aku tak payah bayar sesen pun untuk exam ni. Best kan? nanti korang leh letak sijil tu dalam resume korang masa nak cari keje hehe. Ok lah nak buat artwork plak la..daa~
Reactions: