05 April, 2013

Cinta dari hati



Cinta,
jangan diharap ia datang begitu saja,
jangan mengharap yang begitu sempurna,
jangan diharap dia memulakan langkah,
jangan mengharap keajaiban cinta akan berlaku,
kerana itu cinta tidak pernah merasa bahagia

Cinta,
jangan dikenang harapan lalu,
jangan mengenang dia yang tidak menghargai,
jangan dikenang lagi setiap bait katanya,
jangan mengenang lagi setiap perbuatannya,
kerana itu akan menambah luka dihati

Cinta,
usah biarkan diri hanyut dengan airmata,
usah dibiarkan kekecewaan menghantui hidup,
usah biarkan dia yang ikhlas padamu berlalu pergi,
usah dibiarkan hatinya terus meratapi kekecewaan,
kerana suatu masa tertutup sudah pintu hatinya untuk dirimu

Cinta,
berhati-hatilah dengan tutur katanya,
berhati-hatilah dengan keperibadiannya,
berhati-hatilah dengan kesempurnaannya,
berhati-hatilah dengan cintanya,
kerana aku tidak mahu kau kecewa dengan penipuannya

Cinta,
ada masa kita merasa bahagia,
ada masa kita merasa derita,
ada masa kita ingin bersendirian,
ada masa kita ingin dicintai,
kerana itu adalah lumrah kehidupan

Cinta,
jika kau merasa sedih,menangislah,
jika kau merasa gembira, senyumlah,
jika kau ingin bahagia, berusahalah,
jika kau ingin teman, aku sentiasa disisi,
kerana cinta mengajarku erti kesetiaan

Cinta,
katakan pada dirimu kau mencintainya,
katakan pada dirinya aku mencintaimu,
katakan pada dirimu kau ingin bahagia bersamanya,
katakan pada dirinya aku ingin bahagia bersamamu,
kerana sesungguhnya kita telah ditakdir untuk bersama

Cinta hadir tanpa diduga
Cinta hadir ketika kau perlukan teman,
Yakinilah dia yang ikhlas mencintaimu,
Yakinilah bahawa ini adalah ketentuanNya,
kerana dia adalah cinta yang telah ditakdirkan untuk dirimu

Reactions:
Categories: