05 April, 2013

Perancangan



Sejak-sejak akhir terfikir cukup ke duit gaji aku ni nak memenuhi kehendak aku? Bila difikirkan semula, banyak benda aku terpaksa korbankan untuk saving punya pasal. Saving untuk apa??? ehh ada la hahaha....oppsss lari topik lak hehehe. Sebut pasal saving punya pasal, aku baru teringat tayar depan motor aku tak tukar-tukar lagi hahaha...dah nak masuk setahun lebih dah...tayar pun dah nak merekah, bahaya kot...mula plan bulan ni nak tukar tapi tak jadi,anjak ke bulan depan..pun sama jer...apa la perangai aku ni hahaha

Bukan apa, kalo aku tukar nanti mesti ada benda lain nak kene keluar duit bayar itu ini...lama-lama simpanan aku pon makin berkurangan...kesian aku makan pun saving, makan roti jer time lunch huhu...bila dah tak mampu bertahan makan jugak la nasi berlauk...tapi aku selalu pesan kat diri aku jangan jadi hamba duit dan sentiasa beringat rezeki Allah SWT yang beri..janganlah kita kedekut untuk membelanjakan benda yang baik hehehe....tak apa la kan...aku usaha sedaya upaya aku untuk cari rezeki yang mencukupi kehidupan seharian...

Dalam masa yang sama, aku ada terfikir nak buat bisnes sebagai side income aku...yelah takkan nak harap kat gaji kita jer kena usaha benda lain...kos sara hidup makin tinggi, segala-galanya tinggi...jadi tercetuslah idea untuk buat bisnes. Tapi bisnes apa yang aku nak buat aku sendiri belum tahu lagi tapi berkait rapat dengan kemahiran yang aku ada. Sekarang ni tengah buat perancangan dulu dan perkara pertama aku kene tanya kat diri aku.."Aku dah sedia ke belum?". Sebab itu aku kena rancang dulu, aku tak berani main redah jer...nanti huru hara plak jadinya.

Buat masa ni aku akan buat research dan test market dulu sebelum tentukan bisnes apa yang sesuai. Bisnes ni mungkin sekadar part time atau freelance jer...kalau memberangsangkan mungkin aku akan fikir semula. Sekarang ni aku kumpul segala ilmu yang secukupnya dari tempat aku bekerja sekarang ni.

P/S : tak pernah terfikir pun sebelum ni nak bisnes. Tapi pikir kos sara hidup tinggi terus ubah pemikiran hehe

*credit to the picture
Reactions:
Categories: