18 August, 2012

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah sempurna juga kita menempuh bulan Ramadhan yang mulia dan kini tibalah masanya kita meraikan Syawal ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Dari itu, aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua bloggerianz dan semua-semua lah hehe. Tahun ni seperti tahun-tahun sudah raya sama jer. Maklumlah hidup membujang ni memang camtu. Esok-esok aku dah kahwin lain la ceritanya ye tak hehehe....


Cakap pasal raya ni, tahun ni aku tak belanja apa pun untuk raya. Baju melayu pakai jer yang lama pasal muat lagi. Baju untuk jalan-jalan.....masih elok lagi, bergaya dan muat hehehe. Segala-galanya ok lagi. Salah satu sebabnya aku nak menyimpan sikit duit gaji ak. Belum pernah simpanan aku mencecah paras yang aku harapkan tapi Alhamdulillah aku bersyukur dengan nikmat sedia ada. Haa...baru aku teringat. Raya ni leh la berjalan sakan ke mana-mana pasal kereta dah ada hehehehe. Kereta raya beb. Kemudian raya ni adela peruntukan sikit untuk duit raya nak bagi kat sedara2. Kesian aku kan, semuanya kene tahan-tahan nafsu nak membeli itu ini. Raya tahun depan InsyaAllah aku nak meriahkan suasana kat rumah aku ni. Apa dia? Tunggu jela tahun depan hahaha..

P/S : jangan main mercun yer....tak cukup jari tak dapat duit raya nanti hehehe...
Reactions:
Categories: