12 August, 2012

Tukar dan bertukar

Hari ini aku jadi bersemangat seperti dulu untuk mengubah template blog aku ni. Sebelum ni aku ada post tentang aku dah malas dah nak ubah-ubah template blog nak pakai yang biasa jer. Sekarang ni tah kenapa lak semangat  giler aku hari ni nak tukar itu ini. Dah macam tukar baju pulak. Seperti yang korang tengok kat blog ni, blog ni makin berhias tapi aku rasa macam ada kekurangan lagi. Mungkin dari segi layout atau warna blog ni. Dah namanya pun template free terima jela shah oiii hehehe. Masuk ni kali ke dua aku dok tukar template sebab aku tak puas lagi tukar itu ini. Jadi kalau ada masalah load blog ni sabojela yer hehehe.


Kenapa aku nak cerita benda ni kat korang? Suka hati aku la kan hahaha dah namanya ni blog aku. Lagi pun tiba-tiba aku terpikir nak sambung balik buat tutorial yang aku dah buat sebelum ni. Mungkin kat luar sana dah banyak tutorial malah berlambak-lambak tutorial yang boleh korang tengok. Dan mungkin juga tak ramai yang jengah blog aku pasal aku pernah tukar link blog ni so follower aku yang dulu mungkin tak tahu blog ni wujud lagi ke tak. Takpelah kan, sekurang-kurangnya aku berkongsi ilmu dengan semua orang dan juga mana tau aku sendiri leh rujuk balik ilmu yang aku tulis kat sini hehehe. Oleh itu pentingnya SEO yang bagus untuk setiap blog.  Oklah taknak merapu panjang sangat penat ni ha tangan menaip. Ada masa nanti aku post tutorial yang macam-macam. Sebab sepanjang aku bekerja dalam production ni macam-macam benda aku belajar. Jadi apa yang aku dah perolehi ni aku akan kongsi dengan semua orang. Insyaallah. Stay tuned!
Reactions:
Categories: