28 July, 2013

Cinta : Salah siapa?

Post kali ni saya nak cerita skit tentang persoalan pada tajuk entri hari ni. Saya tiba-tiba tefikir isu ni masa tengah baring2 sambil cari idea untuk pasang pelita kat halaman rumah. Sebab sebelum2 ni keliling rumah saya tak pernah pasang tapi kali ni pulak teringin. Ehh ni cerita pe lak ni. Orait kita berbalik pada isu sebenarnya. Korang selalu perasan bila seseorang putus cinta atau hati terluka atau apa-apa jelah mesti ada pihak yang dipersalahkan. Kalau yang perempuan mesti salahkan semua lelaki dan kalau lelaki pulak salahkan semua perempuan. Kalau sorang dua takpe gak kan.
credit to picture
Begini, kalau kita menyalahkan pada semua lelaki dan perempuan, sebenarnya kita juga menyalahkan ibu bapa kita sendiri. Dalam soal hati ni, kita tidak boleh salahkan siapa pun biarpun jelas memang salah satu pihak yang secara terangan membuatkan hati terluka dan kecewa. Sebenarnya apa yang berlaku itu adalah kehendak Allah SWT. Ia juga merupakan ujianNya terhadap kita.

Senang cerita, setiap apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Walaupun kita sayang dan kita jaga sekuatnya tapi tidak ditakdirkan untuk kita diakhirnya, terima dengan redha. Jika kita berniat baik untuk seseorang itu, teruskan usaha itu. Jangan putus asa walaupun diakhirnya bukan dia yang menjadi teman hidup kita. Kita tidak nampak perancangan Allah SWT tapi bila kita perolehi nikmatNya, percayalah kita akan menjadi insan yg sangat gembira dan bersyukur di atas pemberianNya.

Memang kita rimas setiap kali diajukan persoalan mengenai masa depan kita dari kalangan rakan2 dan keluarga tapi percayalah pada perancangan Allah SWT. Kita sendiri sudah melihat beberapa kisah gembira rakan2 dan orang sekeliling yang kita sendiri tak sangka. Rezeki yang Allah SWT berikan pada kita memang tak disangka2. Oleh itu janganlah kita berputus asa dan teruskan berdoa dipermudah segala urusan dan dipermurahkan rezeki kita. Kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana. Jauh mana sekalipun sampai masa bertemu jua. Jauh bukan penghalang tetapi sebelum itu betulkan niat kita dahulu. Moga kita semua akan merasai kebahagiaan yang Allah SWT berikan. Insha Allah.

P/S : Raya nak dekat da ni...ahh rilek sudah hahaha :P
Reactions:
Categories: