10 April, 2013

Bahasa dulu dan sekarang

Kali ni aku nak beri pandangan berkaitan bahasa kita iaitu bahasa melayu. Kenapa aku pilih tajuk ni untuk entri kali ni? Sebab aku hairan. Hairan kenapa? Biar aku bebel dulu...

Walaupun aku dilahirkan lewat tahun 80an, aku boleh katakan bahasa melayu kita ditahap yang boleh tahan lagi la penggunaan bahasa tersebut. Dari segi tutur kata, ejaan dan sebagainya semua nampak ok lagi. Kita boleh lihat dalam pelbagai filem melayu yang bahasa kita masih digunakan dengan baik. Yang penting sekali ejaan. Semuanya mengikut ejaan sebenar sebagai contoh aku, dia, dan sebagainya.

Tapi sekarang ni, aku perhatikan bahasa kita makin hilang. Yang paling jelas dari segi penggunaan ejaan bahasa melayu. Naik menyampah pulak aku tengok. Ok mungkin aku boleh terima kalau apa yang nak disampaikan itu boleh buat aku faham. Tapi yang jadi masalahnya dah la eja pon aku tak faham, nak menyebut pun sampai terbelit-belit lidah. Contohnya :

Aku - aq
Kita - kitew/titew
Suka - sukew/cukew

dan macam-macam lagilah...

Aku tengok dah macam bahasa alien dah. Paling jelas nak tengok sape sebut perkataan macam ni tengok budak-budak zaman sekarang. Ditambah lagi ada sms lagi la pening nak mentafsir bahasa alien ni. Sori la pada sape yang terasa cuma aku hairan macam mana korang leh kuasai bahasa camtu? Kurang-kurang kalau nak shortform tu biarlah orang faham ni tak langsung tak faham. Macam bahasa gedik pun ada hahaha. Tapi apa boleh buat zaman sekarang ni, semua kena ikut trend terkini. Kalau tak dikata ketinggalan.

Ada satu kes tu nak menyebut perkataan bahasa melayu tu guna slang mat saleh plak. Ada dalam satu lagu tu aku lupa apa namanya. Aku rasa nak tampar jer mulut tu. Cuba la sebut tu elok-elok skit macam mengada-ngada sebutnya. Hahaha entah la...lantak diorang la.

P/S : dialek yang ada dalam Malaysia ni memang unik. Den pun tau jugak cakap nogori,utara dan macam2 lagi la. Tapi takde la hebat mana pun. Teman dulu pernah blajo kat perak haha...(ckp dan ejaan pun da terikut2...janji korang faham haha)