27 July, 2012

La lalala laaa cari Kerja~

Salam ramadhan untuk semua...hari ni aku nak kongsi sesuatu mengenai perjalanan kerjaya aku. "Ek eleh..itu pun nak cerita kat orang ker? Apekehe ko ni shah..." Biarlah, ini blog aku apedehal...ade aku kesah?? hahaha gurau2 jer...orait berbalik kepada tajuk kali ni, setelah aku berjaya mendapatkan segulung ijazah (ini ijazah yang aku sendiri usaha tau bukan aku beli kat mana-mana hehe), bermulalah kisah pengembaraan sang pemburu kerja mencari kerja yang sukar sekali untuk ditemui dan dimiliki. Dalam pada mencari kerja tu sempat jugak aku enjoy2 dengan member-member. Takpe la kan sesekali apa salahnya hehe.



Tak mau merapu lama-lama sangat, kita terus ke pekerjaan pertama aku. First job aku dapat dekat area Ampang. Tuu dia, duduk kat Sungai Buloh cari pi cari keje blah KL nun sana. Dah dapat rezeki sana kan nak buat macam mana. Syarikat ini menjalankan bisnes rekaan majalah untuk mana-mana klien yang berminat (kebanyakkan yang datang dari tender kerajaan). Jadi, dengan terpinga-pinga aku kerja first time, mulalah design aku jadi tah pape tah. Tapi yang bestnya takde manager designer nak approve so ikut suka la hahaha. Dipendekkan cerita, aku hanya bertahan selama sebulan saja. Sebab? Pengurusan kat situ haru biru. Ade ke dia suruh budak opis boy dengar taklimat untuk ambik tender? Gilor hapo...Pastu plak gaji bayar lambat (maklum la first time keje ni hangin skit pasal bab2 gaji ni hehe) dan yang paling takleh blah....design ade warna hijau diharamkan sebab taknak ade unsur2 parti politik polan tu dalam design kerajaan. Memang gilor punya orang. Dah dapat duit gaji tu terus aku blah tak payah bagi surat berhenti ( first time keje katakan haha).

Kerja yang kedua. Haa ni special skit pasal aku bekerja dengan best friend aku so memang meriah la jadinya. Untuk pengetahuan, syarikat ini baru jer setup 2 bulan dan ingin menjalankan bisnes advertising. Lagi menambahkan ke'best'an syarikat ni punya nama yang unik. Kalau korang dengar leh ternganga korang hahaha. Hal-hal kerja dalam syarikat ni tak payah la cerita panjang2 kat sini pasal memang banyak cerita2 menarik dan hilarious terjadi tapi secara ringkas, pun mempunyai masalah. Masalah apa lagi kalau bukan masalah kewangan dan juga pengurusan. Yang boleh buat kerja diberhentikan, ambik yang banyak sembang tapi apa pun tarak. Bala Bala~...Moment yang paling takleh blah, aku dengan member aku ni dipanggil ke bilik meeting. Ingat ada projek baru. Sekali NAHHH.....Surat diberhentikan kerja. Alasannya syarikat tak mampu bayar gaji kitorang. Cam cibai jer. Paling aku geram ada sorang shareholder syarikat tu, pandai bagi ceramah kat kitorang suruh macam2, last habuk pun takde dan paling best dia pun blah. Poorah. Dipendekkan lagi cerita, kitorang berpakat bawak kes ni ke Pejabat Buruh dan sampai ke sekarang tak setel2 lagi...Bala Bala~

Kerja yang ketiga yakni terkini. Haa ni best skit pasal ni mencabar kewibawaan aku sebagai designer hehehe. Tapi Alhamdulillah, kerja sekarang ni memang berbaloi walaupun macam2 cabaran perit aku kene tempuh. Syarikat ni milik warga Cina so kene paham2 la cara kerja macam mana. Memang kene perah habis-habisan. Selama 3 bulan aku diberi peluang membuktikan diri yang aku layak berkerja disitu. Alhamdulillah aku disahkan kerja disitu dan gaji aku juga DI NAIKKAN lagi. Walaupun tak banyak tapi berbaloi la untuk level aku sekarang ni. Dan Alhamdulillah juga, aku berjaya memiliki sebuah kereta yang aku sendiri tak sangka aku akan beli secepat ini setelah 4 bulan disitu. Oh lupa plak, sebenarnya syarikat ni buat bisnes jualan produk sukan untuk hypermarket dan juga kedai-kedai sukan. Dan paling best, aku juga terlibat dalam penghasilan produk-produk sukan tu,best kan? Best2 gak azabnya fuhhh...Entri seterusnya ( agaknya la haha) aku akan cerita nanti dan tunjukkan hasil kerja aku disitu. Penat la jari aku nak taip ni. Ok korang gi makan dulu. Aku nak tido dulu hahaha~
Categories:

1 komen :

admin said...

Sempena entry abe shah kali ni.. abe sham nk nyanyi la satu lagu khas ntok abe shah..

terimalah..

Abe shah, abe shah ditengah jalan~
cari kerja cari uwang cari makan~
putar2-putar2 kaki mengayuh~
abe shah, abe shah,~
abe shah, shah shah shah shaaaahh~

terime kasey..
aku taw msti ko gelak pas bce komen ni kahkah2..