22 July, 2012

Indahnya kenangan dulu

Aku pernah dicintai dan menyintai dia....penantian suatu perasaan yang tersimpan rapi dalam hati ini akhirnya membuahkan hasil yang masing-masing impikan. Cinta berputik ketika hatinya kesunyian kerana kecewa cinta sebelumnya tidak seperti diharapkan. Dari sebuah persahabatan biasa secara tiba-tiba menjadi bertambah erat ketika masing-masing gagal dalam percintaan dahulu. Aku ingat lagi ketika itu aku sedang sibuk membuat kerja dibengkel seorang diri dengan keadaan tangan aku yang cedera aku gagahkan diri untuk menyiapkan kerja. Sedang aku leka, baru aku sedar telefon tertinggal dalam loker bilik. Ketika aku dalam perjalanan pulang, aku terpandang dia seperti sedang menuju ke bengkel tanpa menyedari aku sudah melepasinya. Tapi aku cuma buat tak tahu jela. Sampai saja aku ke bilik, kawan2 aku semua senyum dan terkejut. Bila ditanya kenapa, barulah aku tahu mereka gunakan telefon aku untuk beri kejutan untuk aku. Dan kejutannya ialah dia. Tapi tak lama kemudian, si dia marahkan aku sebab aku menipu dia walhal kawan2 aku yang rancangkan semua ini. Dan dari situlah bermulanya kisah cinta kami yang tak perlu aku jelaskan. Dan yang paling aku ingat sehingga kini aku ajak si dia makan malam bersama dan kami berdua berjalan seiringan ke kedai makan berdekatan. Masa tu tiada sedikit pun wajah masing2 muram tapi penuh dengan senyuman dan gelak ketawa. Hari-hari kami selepas itu menjadi ceria kerana perasaan cinta yang dipendam akhirnya diluahkan juga. Kawan-kawan yang lain gembira kami saling mencintai seperti yang mereka sangkakan sebelum ini.


Namun bahagia ini tak berpanjangan. Ketika aku berharap hubungan ini akan berkekalan, ada pula yang tidak suka dengan kebahagiaan kami. Disitulah bermulanya kekeliruan berlaku dan akhirnya kami berpisah. Tiada kata yang mampu menggambarkan kesedihan aku tapi aku tak berputus asa untuk mendapatkan dia kembali...TAPI kini aku mengerti perpisahan ini. Banyak memberi pengajaran dalam hidupku. Semenjak itu, pintu hati ini perlahan-lahan tutup kerana kecewa. Aku takut untuk mencintai dan memberi perasaan ini pada orang lain. Ketika aku menulis ini, aku menyedari aku punya keberanian untuk cuba memberi hati dan perasaan ini pada orang lain. Seperti kata orang, "Cinta pertama memang sukar kita lupakan". Benar. Sehingga kini aku tak dapat lupakan cinta pertamaku yang akhirnya menjadi sahabat aku ketika aku perlukan sokongan. Biarpun dia sudah pun berpunya, aku tak pernah merasa marah atau cemburu tapi gembira melihat kebahagiaannya. Hampir 13 tahun kami berkenalan. Dalam tempoh itu macam-macam perkara dah terjadi. Tapi aku yakin semua yang berlaku untuk mematangkan pengalaman hidupku supaya aku menjadi seorang yang tabah dan redha. Dia selalu harap aku dapat kenalkan dengan dia seseorang yang layak digelar bakal teman hidupku.

Cinta itu memang indah tetapi lebih indah cinta kita terhadap Allah SWT. Setiap yang berlaku terhadap aku kini aku redha dan yakin ini untuk kebaikan aku juga. Semua orang akan merasa kesedihan bila cinta tidak kesampaian kerana aku tahu segala yang berlaku ada hikmahnya dan inilah yang menjadi motivasi diri aku. Kini aku akan terus mencari cinta itu walaupun terpaksa menunggu seribu tahun lagi. Walaupun bunyinya macam fantasi seperti dalam filem, aku yakin segalanya boleh terjadi tanpa kita sedari. Pengalaman yang sudah aku lalui aku jadikan ia suatu motivasi untuk rakan-rakan ku yang kecewa kerana cinta supaya jangan mengalah dalam mencari cinta. Jangan pernah takut untuk mencintai orang lain. Kalau tak cuba mana nak tahu kan. Tapi pastikan cinta itu bukan hanya untuk berpeleseran saja. Jadikan ia suatu hubungan yang halal disisi agama. Ketika aku menulis ini, sudah 3 tahun aku berpisah dengannya. Walaupun begitu, aku masih lagi ingat padanya walhal dia sudah pun membuang aku dalam hidupnya. Tapi hidup mesti diteruskan.
Categories:

2 komen :

admin said...

Abang Shah cam sedey jer.. Abang Shah jgn la risau.. Abang Zam kan ade..Abang Epi..Abang Sham..~

shah said...

hahahaha apa lagi sham...