28 December, 2011

ShoutMix bakal menamatkan perkhidmatan percuma, Apa kes?

Akhirnya aku jenguk gak blog aku ni sejak berkurun tidak di update hahaha. Ok berbalik pada tajuk entri ni, para blogger mesti tau sangat lah pasal ShoutMix ni yang wajib ada dalam blog masing-masing. Salah satu sebabnya blogger leh bertukar link blog masing2 untuk dibaca dan di follow (kalau nak follow la hehe) dan bermacam lah kebaikan yang ada pada shoutbox ni hahaha. 


Anyway apa yang aku baca dalam blog yang aku follow dan website ShoutMix ni, ternyata memang pasni takkan dapat guna free lagi. Mesti ramai bengang dengan apa yang ShoutMix ni nak buat. Bayangkan lah, nak buat apa kita bayar untuk benda yang hanya untuk exchange link (tu jer aku tau haha) dan macam2 la fungsinya kalau blogger lain guna untuk selain exchange link. Baik aku layan Facebook kat laptop atau handphone lagi best takpun duit bayar ShoutMix ni aku guna untuk beli makanan ke gajet ke lagi puashati haha. Apa pun lepas ni menjunam la ShoutMix. Meh kita tengok ShoutMix Plan yang disuruh bayar kalau nak guna.


Jadi, tepuk dada tanya selera la. Alternatif untuk ini mesti ada kan kat internet. Pandai2 la Google sendiri tapi aku share la sikit alternatif shoutbox ni hehehe


Moral of the story : semua orang nak duit :-P
Categories: