Dulu si polan tu cakap 'kawan jer', last2 'in relationship with...' Tahniah la yer sebab berjaya menikam aku dari belakang dengan penuh drama sekali. Aku dah naik bosan tengok lakonan ko depan orang. Berpura-pura, menunjuk2 dengan kejayaan ko mendapatkan sang bunga yang pernah aku hargai dulu dengan cara KONONNYA gentlemen. PUIH!! Aku tak tau lah apa lagi cerita buruk yang dia bawak kat orang lain selama aku tak bersama geng2 dahulu. Dulu aku anggap ko best fren aku sekarang ni sikit aku tak pandang sape ko walaupon ko berjaya lebih dari aku 1 hari nanti. Ntah2 kalo ko berjaya pon sebab ko guna cara yang sama ko tikam aku. Selain aku, ade sorang lagi kawan aku pon sama nasib dengan aku cuma takde melibatkan pihak lain. Di ejek2 orang tu, buat fitnah yang melampau2 sampai orang tu clash la dengan awek dia. Tak cukup dengan tu, aku dapat tau motor dia rosak masuk pasir kat enjin sebabkan si polan nye keje la. Kesian gak kawan aku ni sebab terpaksa abes duit untuk repair balik motor.
Sebenarnya benda ni dah lepas, tapi sejak si polan ni meletakkan status tersebut, membuatkan aku terfikir sejenak. Orang seperti ni memang tak boleh dijadikan kawan sebab satu hari nanti dia akan ambik kesempatan untuk menjatuhkan kita. Benda ni memang dah di akui selepas aku bertanya banyak pihak tentang keceluparan mulutnya. So sekarang ni aku harap biarlah Tuhan saja yang balas apa yang dia dah buat pada aku. Aku maafkan jer sebab aku ingat Allah. Walaupun aku dah maafkan tapi untuk lupakan macam tu jer memang susah. Insyallah mungkin satu hari nanti aku akan lupa jugak. Memang kalau diikutkan aku geram sangat tapi memang macam ni kehidupan kita, penuh dengan dugaan. Sabojela....Benda dah jadi nak wat camne lagi. Aku tak gentar la kalau dia ade baca blog aku ni. Pasni leh la dia bawak mulut lagi kat orang memburuk-burukkan aku. Kalau dia simpan niat nak pukul aku, bring it on la. Aku tak takut pon dengan ko.
Berkenaan sang bunga tu, sekarang ni aku dah buang nombor dia sebab aku tau dia tak mau aku kacau dia lagi walaupon mulutnya cakap masih mahu berkawan dgn aku. Aku harap dia pon sedar ape dia buat kat aku satu hari nanti. Hope dia bahagia nanti. Dan aku pula.....? Meneruskan kehidupan ni dengan jiwa yang tenang, happy go lucky. Dah malam2 camni la aku tetiba layan perasaan plak hahahaha tapi its good to express my mood and opinion to people out there. Jadi, cukuplah aku nak menaip lagi. Penat ha. Adios :-p
24 March, 2011
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 komen :
erm..biasa la tu...manusia...
BTW...jom BW...
http://airzone09.blogspot.com/2011/03/hantu-melayu-vs-hantu-cina.html
Post a Comment