24 July, 2013

Kembara ke Bukit Fraser


Awal bulan yang lalu, rakan-rakanku telah rancang nak melepak sambil menenangkan fikiran. Pada mulanya nak buat barbekiu ( bedal jela ejaannya) tapi dengan pantas aku mengusul cadangan supaya pergi ke Bukit Fraser. Alasannya aku tak pernah pergi sana (memang pun) hehehe. Jadi semuanya setuju dan bermulalah pengembaraan 4 sahabat ke Bukit Fraser.

Aku ingat jalan nak ke sana okay tapi sekali daki bukit berliku daa. Jalan pulak sempit memang tak boleh la nak memotong sesuka hati. Silap-silap boleh terbang masuk gaung (yup GAUNG). Aku fast forward lagi cerita ke point dah sampai puncak Bukit Frazer sebab kalau aku cerita detail memang jadi karangan sekolah dah hahaha. Oh yer meh aku share beberapa gambar di checkpoint 1 Bukit Fraser.

 

   


Ni checkpoint 1 untuk ke Bukit Fraser. Senang cite ni tempat nak power up balik tenaga sebab lepas ni jalan nak sampai ke Bukit Fraser memang di tahap Insane ( kata kawan aku la). Tapi hakikatnya memang betul. Dah la sempit corner dia bukan biasa2 jer. Memang menguji kecekapan pemandu nak ke sana. Disarankan sebelum nak naik ke Bukit Fraser praktis dulu skill drift (gurau jer hehe) dan isi minyak penuh sebab kat atas takde pam minyak. Pandai2 la kalau kete mati tengah jalan (kiri kanan hutan dan bergaung woo). Pukul 2 baru la sampai kat atas bukit ni (sori takde gambar sebab penulis dan rakan2 kelaparan mencari gerai. Takde masa nak bergambar hehe).

Dah solat apa sume maka menjelajah lah jejaka 4 orang ini yang hensem dan kacak ke sekeliling melihat apa yang ada. Tempat ni takde la besar mana pun tapi kalau yang ingin mencari ketenangan dan lari dari kesibukan memang disyorkan lepak kat sini. Sejuk, nyaman dan cool haha. Ok aku share beberapa gambar lagi yang sempat di ambil

   

dah puas merayau tergerak hati nak ke satu tempat yang terpencil skit sebelum nak balik. Sekali yang kitorang jumpa....gelanggang gasing daaa. Apa lagi dah alang-alang sampai kami pun terus mencuba gasing yang berasal dari Pahang. Tengok la gelagat jejaka-jejaka hensem ni belajar main gasing hahaha


Seharian berada di Bukit Fraser memang menyeronokkan lebih2 lagi dengan member2 kamcing ni ha. Kira berbaloi la pergi sana walaupun kawasannya kecil. Jadi sesapa nak pergi direkemenkan ke sana untuk merehatkan minda. Tapi prepare la apa patut sebab situ tak banyak pilihan makanan.

Sedikit fakta, entri kali ni siap pada pukul 3 pagi dimana waktu mula tulis pukul 11 kerana faktor melayan kerenah member sorang ni main digimon hahaha


4 komen :

admin said...

mamat pakai topi tu single lagi

shah said...

mamat tu pandai main gasing cina jer

Unknown said...

cantek tempatnya tenang dan damai ek? heee

shah said...

boleh dikatakan mcm tula...hehe boleh la utk rehatkan minda...tempat pun xpanas dingin jer...1st time gi situ la katakan...