16 May, 2013

Tutorial : Vibrant Abstract Vector

Dah lama tak post sebarang tutorial dalam blog ni. Jadi hari ini aku berjaya mencuri masa untuk buat tutorial(padahal kat opis takde keje nak buat) yang tidak seberapa ini. Apa yang ingin aku buat? Sama-sama saksikan.

Ini yang aku hasilkan masa takde keje nak buat kat opis petang tadi. Mungkin yang dah pro akan kata 'ini level beginner jer' tapi bagi aku jarang sekali aku guna teknik yang digunakan dalam penghasilan artwork macam ni. Boleh kata sesuatu yang baru aku explore dalam Illustrator. Tanpa buang masa aku tunjukkan caranya.

1.Buka Illustrator. Kemudian create new file dan set pada saiz yang korang suka (tutorial ni aku set pada saiz A4). Pastikan mode colour dalam RGB. Kemudian letak background hitam dan lock supaya tidak bergerak.


2. Dengan menggunakan Pencil Tool (N), hasilkan bentuk secara rawak mengikut kreativiti korang. Selepas itu dengan bentuk yang korang buat tu masih active, pergi ke Object > Create Gradient Mesh. Pada setting, korang bebas untuk setting dan kalau ragu-ragu set 3 untuk Row dan Column. Kemudian tekan Ok. Rujuk gambar dibawah untuk rujukan.


Guna Direct Selection Tool (A) untuk pilih setiap point pada objek yang telah menjadi Mesh. Pastikan warna gelap ditengah dan warna disekelilingnya korang bebas untuk letak warna apa pun asalkan menarik.

3. Buat lagi beberapa shape dan ulangi proses no.2 untuk hasilkan warna shape tersebut.


4. Kemudian select 3 shape tersebut dan tukar Transperacy ke mode Screen. Sekarang korang susun shape tersebut secara rawak diatas background warna hitam tadi seperti gambar dibawah. Setiap shape tersebut korang boleh resize dan rotate untuk memberi variasi pada design tersebut.


5. Untuk menambah seri design tersebut, pilih Flare Tool dan letak pada setiap cantuman cahaya. Jangan letak terlalu banyak bimbang design tersebut terlalu berat dan tidak sesuai. Apapun ikut kreativiti korang lah asalkan cantik dimata. Set Flare Tool tersebut ke mode Overlay atau ikut kreativiti korang.


6. Kemaskan design tersebut dengan menggunakan teknik Clipping Mask. Caranya pilih Rectangle Tool dan buat shape mengikut artboard tersebut. Pastikan shape tersebut berada paling atas dan select semua objek kemudian klik kanan. Pilih opsyen Clipping Mask dan terhasil seperti berikut.


7. Kemudian pilih Rectangle Tool lagi dan buat shape yang sama seperti tadi dan pastikan Fill tiada warna hanya Stroke saja warna putih. Set ketebalan stroke tersebut dalam lingkungan 18 atau ikut kesesuaian. Tujuannya untuk menghasilkan frame disekeliling design tersebut. Kemudian pilih stroke tadi dan pada menu pergi ke Object > Expand. Kemudian set transperacy pada mode Soft Light.



Tahniah! Korang berjaya hasilkan dengan sendiri. Jika ada kesilapan atau tidak faham boleh tinggalkan kritikan anda dalam ruangan komen kat bawah ni. Selamat mencuba.

P/S : Gambar tutorial kat atas agak pecah sedikit. Buat dalam keadaan terburu-buru memang camtu hehe
Reactions:
Categories: ,

2 komen :

Tedi said...

wah, expertnye :)

shah said...

tak expert pun...biasa2 saja hehe semua org boleh buat :P