09 May, 2013

Selamat Bersara, Sir Alex Ferguson

Dah agak lama tak tulis sesuatu untuk blog ni. Jadi entri kali aku nak beri dedikasi kepada seorang pengurus bola sepak yang sangat disegani oleh mana-mana individu bola sepak diserata dunia. Dia adalah pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.


Berita persaraan beliau pada hari ini 8 Mei 2013 sangatlah mengejutkan aku yang sememangnya peminat pasukan Manchester United. Aku sangka ia hanyalah rumor semata-mata sebab tiada kenyataan rasmi dari pihak MU. Tapi akhirnya kenyataan rasmi telah pun dikeluarkan dan ternyata persaraannya memang benar kali ini. Aku ingatkan beliau akan terus berkhidmat semusim dua lagi untuk memburu trofi Liga Juara-Juara yang di idam-idamkan. Entri kali ni aku akan highlight beberapa gambar detik-detik kegemilangan Sir Alex Ferguson sepanjang beliau berkhidmat.

Pemain-pemain dari akademi (class of 92) Manchester United

Kejayaan Treble 1999 

Liga Juara-Juara 2008 Moscow

Tiada lagi 'permusuhan' yang dapat disaksikan selepas ini

FIFA Presiden, Sepp Blatter menyampaikan anugerah kepada Sir Alex Ferguson atas 25 tahun kejayaan bersama Man United

Sekarang aku senaraikan beberapa pemain yang aku rasa terbaik pernah dimiliki oleh Sir Alex Ferguson

Sir Alex Ferguson dan Wayne Rooney

Sir Alex Ferguson berjaya menandatangani Cristiano Ronaldo yang akhirnya menjadi Pemain Terbaik Dunia

Pembelian terbaik dan berbaloi, Eric Cantona. Bermula era kegemilangan SirAlexFerguson

Jeneral tengah yang digeruni, Roy Keane. Perlawanan antara MU vs Arsenal dizamannya memang sangat dinantikan

Peter Schmeichel, antara penjaga gol paling hebat dalam sejarah Manchester United. Pembelian yang berbaloi dan murah ketika itu.

Edwin Van Der Sar, satu lagi antara penjaga gol paling hebat dalam sejarah Manchester United. Penyelesaian masalah penjaga gawang yang berkesan sejak Peter Schmeichel.

Kejayaan menandatangani Robin Van Persie musim ini membuahkan hasil. Merampas semula EPL dari ManCity

Antara kejayaan Sir Alex Ferguson yang pernah dimenanginya :

Premier League                       1993, 1994, 1996, 1997, 1999, 2000, 2001, 2003, 2007, 2008, 2009,
                                                      2011,2013
FA Cup                                       1990, 1994, 1996, 1999, 2004
League Cup                               1992, 2006, 2009, 2010
UEFA Champions League           1999, 2008
FIFA Club World Cup               2008
UEFA Super Cup                       1992
UEFA Cup Winners Cup             1991
Inter-Continental Cup                 1999
FA Charity / Community Shield  1990 (shared), 1993, 1994, 1996, 1997, 2003, 2007, 2008,
                                                      2010,2011

Sekarang ni tinggal nak tahu siapa pengganti yang sesuai tapi bagi aku tiada siapa dapat capai kejayaan sehebat beliau. Manchester United is SirAlexFerguson. Mungkin pembedahan yang bakal dilakukan mempengaruhi keputusan yang sangat mengejut ini. Apapun selamat bersara Sir Alex. Kami peminat MU akan merindui sentuhan dan kejayaan yang anda bawa untuk kelab ini. GGMU!!

P/S : Teringin nak jadi jurulatih pasukan bola sepak hehehe :P
Categories: