13 March, 2011

What's On Your Mind

Yeah...tajuk post macam FB plak hehehe...time macam ni plak sakit kepala. Aku tengah berinspirasi tentang sesuatu hasil grafik tetibe plak kene 'Head Attack' arghhh!!!! Takpe cuba gagahkan untuk buat artwork tu ( kebiasaannya tak kan buat sebab tak leh tahan sakitnye hahaha). Anyway semalam aku cuba refresh balik guna After Effect untuk preparation future work. Dan ketika itu la PC aku meragam. Sedap2 tengah buat work tetibe hang. Dah ler tak sempat save yang bahagian penting kene buat balik..chisss!! Its ok take it a positive way. Sabor je la ye Shah....

Klik Seterusnya untuk tahu apa yang aku fikirkan. Its good to know ya :-P



Masa tengah leka tengok post orang, aku terpandang sesuatu yang menarik untuk aku kongsi bersama. Kalau korang perasan la ada satu artikel tah sape punya aku pon lupa. Artikel tu mengenai 'Dalam mulut bayi ada pesanan untuk seluruh umat manusia'. Sounds like creepy. Aku pon baca apa yang tertulis dan ketika itulah aku rasa takut, risau kerana dalam mulut bayi tu tertulis pesanan mengenai Hari Kiamat bakal tiba. Tak tau lah betul atau pon tidak info yang dia dapat tapi apa yang aku boleh cakapkan, adakah kita bersedia untuk Hari Kiamat? Itulah yang bermain dalam fikiran aku selama ini. Alhamdulillah setakat ni aku menunjukkan tanda2 ingin berubah dari setiap sudut walaupun tak perfect mana pon.

Bukanlah aku nak cakap aku ni baik sangat tapi aku cuba untuk mengubah diri ini menjadi orang yang taat pada agama. Selama ni aku agak leka dan beberapa kejadian yang berlaku ketika ini membuatkan aku sedar seharusnya aku berubah dari sekarang. Kita tengok pada kejadian tsunami kat Jepun. Kita kat Malaysia ni patut bersyukur sebab kita tak dilanda bencana macam tu. Tapi apa yang aku tengok masih ada yang leka. Masih tak ambik iktibar dari macam2 kejadian yang berlaku kat dunia sekarang ni. Nak di tegur, aku ni takdela baik sangat tapi kesian plak kalau tak ajak orang lain untuk berubah. Bulan Januari lepas, aku baru je kehilangan pak cik yang disayangi semua orang dalam keluarga atok aku. Kehilangannya di usia yang muda meninggalkan isteri dan anak2 yang boleh dikatakan kecil lagi menambahkan lagi kesedihan aku. Sejak dari tu, aku perlahan2 berubah untuk taat pada agama. Hari sebelum dia pergi, aku termimpi pak cik aku dalam keadaan sihat dan tersenyum jer.

Berbalik pada Hari Kiamat, adakah korang dah sedia? Bila2 masa jer akan berlaku. Kepada yang masih leka, berubah la dari sekarang. Aku menasihati diri aku dan orang lain supaya berubah la dan taat pada agama. Jangan lah leka sangat dengan hal kat dunia ni. Pelik kan, aku tetibe post artikel macam ni....takpelah untuk kebaikan diri aku dan juga orang lain. Boleh jer kite enjoy dengan hiburan2 kat dunia ni tapi jangan la leka sangat. Kita umat manusia akhir zaman pon jadi ape saja boleh berlaku. Bersedialah ketika itu. Orait penat lah nak taip lagi. Dah ler sakit pale leh plak main blog ( main blog? ingat ni game ke haha). Oh ya nanti akan ada lagi tutorial yang aku bubuh dalam belog ni. Korang tunggu je la k. Adios!
Categories:

1 komen :

Adib said...

aku pun setiap berusaha menjadi manusia yang lagi baik dari hari semalam aku. tak semua orang mampu berubah drastik kan..take your time k. jgn tggl solat..solat tu tiang agama..