16 March, 2011

Flash Tutorial : Mask

Hari ni dengan semangat kemenangan Man Utd, aku post tutorial terbaru di pagi yang indah ini hehehehe. Sebenarnya aku dah tido awal sebab nak tengok bola nye pasal la ni. So sekarang ni takleh nak tido plak. Okeh tutorial kali ni aku akan ajar macam mana nak buat animation menggunakan effect mask. Penah tengok spotlight tak dalam sarkas yang melilau-lilau dalam arena? Itulah efek yang korang akan hasilkan nanti. Tak paham? tengok gambar bawah ni :

Klik seterusnya untuk cara-cara menghasilkannya



Okeh kita mulakan sekarang juga sebab mata pon da makin berat ni hehe
1. Create New File. Kemudian korang pilih satu gambar yang korang suka. Contoh yang aku gunakan gambar KR Double. Letakkan gambar tu pada layer1 di timeline1

2. Lepas tu create new layer. Kali ni korang lukis bentuk oval macam dalam gambar ni

3. Seterusnya, klik kanan pada timeline 30 untuk layer 1 dan pilih opsyen 'Insert Keyframe'.

4. Sekarang kita akan mulakan animate oval tersebut. Klik kanan pada timeline 15 untuk layer 2 dan pilih opsyen 'Insert Keyframe'. Rujuk gambar ni :

5. Masih pada timeline 5, korang gerakkan oval tu ke arah yang korang suka. Untuk tutorial ni, aku alihkan ke bawah sedikit.

6. Lakukan seperti step 5 untuk setiap timeline layer 2. Tengok gambar dibawah kalau korang tak paham.

7. Okeh, selepas selesai step di atas, tiba masanya untuk korang gunakan opsyen 'Mask'. Klik kanan pada layer 2 dan pilih opsyen 'Mask'.

8. Dan korang dapat hasil macam ni :

9. Selesai step di atas, tiba masa untuk animate. Seperti tutorial sebelum ni, opsyen 'Create Motion Tween' adalah pilihan untuk hasilkan animation. Oleh itu, korang klik kanan pada mana2 timeline layer 2 dan pilih opsyen 'Create Motion Tween'.

10. Ulangi proses yang sama pada setiap timeline layer 2.
Siap!! Korang berjaya buat animation efek spotlight dengan usaha sendiri. Hasil yang korang dapat akan serupa macam contoh di atas. Korang boleh cantikkan lagi animation efek spotlight tu dengan bermain-main pada timeline supaya dapat hasilkan animation lebih cantik dari contoh di atas. Orait itu jer aku ajar. Selebihnya korang kene explore sendiri supaya korang lebih paham tentang Flash ok. adios!
Categories: