09 March, 2011

Flash Tutorial : Motion Tween

Hari ni aku nak bagi tutorial skit mengenai macam mana nak buat animation menggunakan Flash. Masa aku belajar dulu ramai yang terkial-kial nak guna flash ni (terutama sekali gadis2 la hehehe) sampai ada yang bersengkang mata nak buat keje meletop pakai flash haha. Sekarang aku ajar basic nak buat animation flash. Hasil yang korang akan dapat macam ni :




Sekarang mulakan hari anda dengan flash hehe. Ok buka program Flash. Kemudian create new file (untuk yang pakai CS3 bila create new file pilih opsyen actionscript 2). Dan korang akan dapat interface macam ni:

(klik untuk lihat)

1. Klik pada timeline pertama
2. Pada timeline yang sama lukiskan bentuk oval. Rujuk gambar di bawah :


3. Kemudian pilih frame 20 dan klik kanan kat mouse.
4. Pilih opsyen 'insert keyframe'. Rujuk gambar bawah :


5. Selepas itu, klik pada frame 20.
6. Masih pada frame 20, alihkan kedudukan oval dari tempat asal ke tempat lain. ( untuk ini, alihkan oval ke bawah untuk dapatkan animation bouncing ball).


7. Selepas itu, lakukan perkara yang sama seperti langkah 5 dan 6 dengan mengalihkan kedudukan oval . Tengok gambar bawah ni ( perhatikan timeline dgn kedudukan oval ) :


8. Dah selesai, masa untuk buat animation. Klik kanan pada mana-mana timeline dan pilih opsyen 'create motion tween'. Tengok gambar ni kalau tak faham :


9. Lakukan benda yang sama pada setiap timeline lain.


Selesai! korang berjaya buat animation flash dengan usaha sendiri. Tekan ctrl+Enter untuk lihat hasilnya. Lepas apa yang korang belajar ni, korang akan faham basic mengenai cara buat animation flash. Kalau tak faham2 gak, leh tanya aku ok. KALAU tak faham2 gak, baik korang belajar masak je la ( gurau jer hehe). Adios!
Categories: