17 June, 2010

Photoshop Tutorial : Typographical Efek

Dah lama aku tak post tutorial yang nak aku kongsi sebab banyak keje lak kena buat hehe...so hari ni aku nak share skit apa yang dikatakan penggunaan internet yang betul hahaha..tengok gambar ini


Amacam cool x? sekarang aku nak bagi ilmu kat korang camne nak buat.
Mula- mula sekali korang create new file. Gunakan saiz yang korang suka tapi aku rekemen guna jer saiz 800 x 600 untuk tutorial ni. Kemudian gunakan tool marque atau tekan 'M' kt keyboard korang dan select seluruh layer. Kemudian create new layer dan isikan layer tu dengan warna hitam.


Kemudian klik text tool atau tekan 'T' kat keyboard kemudian pilih font yang sesuai ( tutorial ni aku guna font 'arial' ) dan saiz font 3pt. Kemudian tulis apa saja ayat yang korang suka tapi untuk tutorial ni aku tulis 'souledge design' dan penuhkan ruang layer hitam tu dengan ayat tadi. Cara yang lebih cepat korang copy paste ayat tadi sampai penuh layer. Kemudian rotate layer text tu seperti gambar di bawah.


Kemudian sekali lagi klik text tool atau tekan 'T' dan tuliskan perkataan dengan font yang sama atau ikut kreativiti korang dan saiznya 72pt. Dah siap tulis resize saiz font tu dan rotate. Contoh seperti gambar di bawah


Kemudian tukarkan blend mode layer text 'GA' tu kepada soft light.
Dan dapat la hasilnya camni

Kemudian korang duplicate layer tadi dan pastikan layer tu pun mesti dalam blend mode soft light dan set opacity ke 45 %.
Kemudian pergi ke Layer > New Fill Layer > Gradient. Kemudian masukkan setting berikut.



Kemudian korang akan dapat camni

Kemudian masukkan setting berikut.


Dan akhirnya korang berjaya menghasilkan seperti ini


Senang je kan? Ini hanyalah basic untuk korang paham macam mana nak hasilkan. Selebihnya terpulang pada kreativiti korang. Mungkin lebih gempak dari yang ni hehe...sebelum tu aku nak bagitau maybe aku akan buat tutorial dalam bentuk video sebab manual ni leceh skit tapi tengok la keadaan dulu. Selamat mencuba.
Reactions:
Categories: