Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

16 May, 2013

Tutorial : Vibrant Abstract Vector

Dah lama tak post sebarang tutorial dalam blog ni. Jadi hari ini aku berjaya mencuri masa untuk buat tutorial(padahal kat opis takde keje nak buat) yang tidak seberapa ini. Apa yang ingin aku buat? Sama-sama saksikan.

Ini yang aku hasilkan masa takde keje nak buat kat opis petang tadi. Mungkin yang dah pro akan kata 'ini level beginner jer' tapi bagi aku jarang sekali aku guna teknik yang digunakan dalam penghasilan artwork macam ni. Boleh kata sesuatu yang baru aku explore dalam Illustrator. Tanpa buang masa aku tunjukkan caranya.

1.Buka Illustrator. Kemudian create new file dan set pada saiz yang korang suka (tutorial ni aku set pada saiz A4). Pastikan mode colour dalam RGB. Kemudian letak background hitam dan lock supaya tidak bergerak.


2. Dengan menggunakan Pencil Tool (N), hasilkan bentuk secara rawak mengikut kreativiti korang. Selepas itu dengan bentuk yang korang buat tu masih active, pergi ke Object > Create Gradient Mesh. Pada setting, korang bebas untuk setting dan kalau ragu-ragu set 3 untuk Row dan Column. Kemudian tekan Ok. Rujuk gambar dibawah untuk rujukan.


Guna Direct Selection Tool (A) untuk pilih setiap point pada objek yang telah menjadi Mesh. Pastikan warna gelap ditengah dan warna disekelilingnya korang bebas untuk letak warna apa pun asalkan menarik.

3. Buat lagi beberapa shape dan ulangi proses no.2 untuk hasilkan warna shape tersebut.


4. Kemudian select 3 shape tersebut dan tukar Transperacy ke mode Screen. Sekarang korang susun shape tersebut secara rawak diatas background warna hitam tadi seperti gambar dibawah. Setiap shape tersebut korang boleh resize dan rotate untuk memberi variasi pada design tersebut.


5. Untuk menambah seri design tersebut, pilih Flare Tool dan letak pada setiap cantuman cahaya. Jangan letak terlalu banyak bimbang design tersebut terlalu berat dan tidak sesuai. Apapun ikut kreativiti korang lah asalkan cantik dimata. Set Flare Tool tersebut ke mode Overlay atau ikut kreativiti korang.


6. Kemaskan design tersebut dengan menggunakan teknik Clipping Mask. Caranya pilih Rectangle Tool dan buat shape mengikut artboard tersebut. Pastikan shape tersebut berada paling atas dan select semua objek kemudian klik kanan. Pilih opsyen Clipping Mask dan terhasil seperti berikut.


7. Kemudian pilih Rectangle Tool lagi dan buat shape yang sama seperti tadi dan pastikan Fill tiada warna hanya Stroke saja warna putih. Set ketebalan stroke tersebut dalam lingkungan 18 atau ikut kesesuaian. Tujuannya untuk menghasilkan frame disekeliling design tersebut. Kemudian pilih stroke tadi dan pada menu pergi ke Object > Expand. Kemudian set transperacy pada mode Soft Light.



Tahniah! Korang berjaya hasilkan dengan sendiri. Jika ada kesilapan atau tidak faham boleh tinggalkan kritikan anda dalam ruangan komen kat bawah ni. Selamat mencuba.

P/S : Gambar tutorial kat atas agak pecah sedikit. Buat dalam keadaan terburu-buru memang camtu hehe

06 April, 2011

Photoshop Tutorial : 3D Text Effect menggunakan Layer Style

Hari ni shah nak ajar korang macam mana nak buat hasil seperti ini :
ha, nak shah speaking ke cakap melayu hehehe....ok lah kite mulakan tutorial ni sekarang juga...

30 March, 2011

Photoshop Tutorial : Tilt Shift Scene ( Miniature Faking)

Mesti korang tertanya-tanya ape benda Tilt Shift ni. Ok sebenarnya ini adalah salah satu teknik yang digunakan dalam dunia fotografi. Kepada photographer kat luar sana mesti tahu pasal teknik ni. Aku tak reti nak jelaskan lebih terperinci teknik ni tapi korang leh rujuk artikel ni di sini. Teknik ini menghasilkan gambar seperti miniatur. Tak faham?Sekarang ni korang tengok contoh gambar yang menggunakan teknik ini :

Ape perasaan korang lihat gambar ni? Gambar ni aku yang snap TAPI ajaibnya aku hanya gunakan kamera henpon jer. Kalau di ikutkan korang kena guna kamera DSLR untuk hasilkan efek macam ni. Sebenarnya aku edit dalam photoshop jer hehe. Nak tahu macam mana nak buat teruskan baca entri ini untuk tutorial penuh.

28 March, 2011

Jump Break, Fungsi untuk buat 'read more' tanpa perlu coding

Sebenarnya, fungsi Jump Break ni dah lama ada cuma aku jer tak pernah usik pon hehehe pasal sibuk sangat nak buat coding untuk buat fungsi read more. Padahal Jump Break ni lagi senang guna dan tak payah nak usik kat bahagian edit HTML selain kita boleh tunjuk sinopsis entri kita ni ikut suka kita. Ok pada korang yang tak tau macam mana nak guna Jump Break ni, hari ni aku ajar camne nak buat.

21 March, 2011

Jump List Taskbar explorer Windows 7 tak berfungsi? Ni ubatnya

Untuk korang yang guna Windows 7, mesti korang suka function Jump List pada Taskbar explorer tu. Korang tau tak pebenda Jump List tu? Ok tengok screenshot ni :


Nampak window kecik tu? Tu la Jump List yang aku cakap tu. Fungsinya korang leh pin atau unpin folder untuk lebih pantas ke sesuatu folder. Macam kat gambar atas aku pin folder ' blog' sebagai contoh senang nak bukak tu tak payah nk ke my document pe sume. Tapi ada satu ketika, Jump List ni tetibe je hilang. Kebiasaannya hilang pasal registry file dah kene usik. Benda ni jadi bila korang clean up registry tu (ini apa yang aku baca kat internet lah). Jadi sekarang aku bagi solution macam mana nak atasi masalah ni.

16 March, 2011

Flash Tutorial : Mask

Hari ni dengan semangat kemenangan Man Utd, aku post tutorial terbaru di pagi yang indah ini hehehehe. Sebenarnya aku dah tido awal sebab nak tengok bola nye pasal la ni. So sekarang ni takleh nak tido plak. Okeh tutorial kali ni aku akan ajar macam mana nak buat animation menggunakan effect mask. Penah tengok spotlight tak dalam sarkas yang melilau-lilau dalam arena? Itulah efek yang korang akan hasilkan nanti. Tak paham? tengok gambar bawah ni :

Klik seterusnya untuk cara-cara menghasilkannya

10 March, 2011

Flash Tutorial : Guide layer

Tutorial sebelum ni aku ajar macam mana nak buat animation flash dalam keadaan statik. Kali ni aku ajar 1 lagi teknik basic dimana korang boleh buat animation yang lebih smooth. Tak paham? ok korang tengok gambar bawah ni :

Photobucket

nampak lagi smooth kan? Sekarang aku ajar macam mana nak buat macam ni. Senang sesangat hehehe.


09 March, 2011

Flash Tutorial : Motion Tween

Hari ni aku nak bagi tutorial skit mengenai macam mana nak buat animation menggunakan Flash. Masa aku belajar dulu ramai yang terkial-kial nak guna flash ni (terutama sekali gadis2 la hehehe) sampai ada yang bersengkang mata nak buat keje meletop pakai flash haha. Sekarang aku ajar basic nak buat animation flash. Hasil yang korang akan dapat macam ni :




27 February, 2011

Jadikan laptop korang jadi WiFi hotspot dengan Connectify

Kali ni aku nak share sesuatu yang menarik skit. Pernah tak korang berebut nak guna berokben yang ada seketul tu je?pastu nak share line berokben tu mana nak boleh kan. Ataupun korang pasang streamyx tapi guna sorang2 je taknak kasi orang lain guna............kedekut betul. Jadi aku sarankan korang guna software ni, Connectify. Bagi yang dah tau sila diam, ini untuk mereka2 yang tak tau langsung. :-P

17 June, 2010

Photoshop Tutorial : Typographical Efek

Dah lama aku tak post tutorial yang nak aku kongsi sebab banyak keje lak kena buat hehe...so hari ni aku nak share skit apa yang dikatakan penggunaan internet yang betul hahaha..tengok gambar ini


Amacam cool x? sekarang aku nak bagi ilmu kat korang camne nak buat.

11 July, 2009

Photoshop Tutorial : Hasilkan efek glossy,smooth logo text anda

hari ni aku nak ajar macam mane nak wat logo yang aku maksudkan tu. Sebenarnya benda ni simple jer nak buat tapi aku cuma nak share pada yang tak tahu saja.

02 July, 2009

Photoshop Tutorial : Glossy effect button

Sekarang aku nak share cmne nak wat glossy effect button cam gambar kat bawah ni. Aku buat tutorial ni untuk yang xtau pasal photoshop. Kalau ade salah silap sila komen k.



Klik Seterusnya untuk langkah2 untuk hasilkannya

01 July, 2009

Macam mane nak buat templat blog korang sendiri

peralatan yang diperlukan hanyalah Adobe Photoshop jer..meh aku ajar korang macam mane nak wat. bende ni memerlukan kesabaran sikit klau nak buat. Sebab yang ni aku terfikir secara tiba2 dan bagi aku senang skit berbanding teknik2 yang sedia ade. Ok mari kita mulakan.

Klik seterusnya untuk entri penuh

27 June, 2009

Tutorial untuk pengguna broadband

hari ni aku nak bagi tutorial skit cmne nak speedkan lg broadband..siap gmbar lg..xphm xtau la eden...

1.tekan kat keyboard 'window' pastu tekan 'R'. Nanti kuar box cam gmbar bawah. Then taip 'cmd' kt box tu.
2.nanti kuar box ni.


Klik seterusnya untuk entri penuh

24 May, 2009

Broadband user...meh sini




Haa..airini aku nak share dgn korang mcm mane nak lajukan speed broadband korang. Tips ni utk pengguna maxis n celcom. Aku dah cube n it work!..so dgn baik nya aku post kat blog aku ni. Sila ikut step betul2 k.(aku jumpe ni kt beberapa website,kredit to them)
Klik Seterusnya untuk entri penuh