Showing posts with label Artwork. Show all posts
Showing posts with label Artwork. Show all posts

16 May, 2013

Tutorial : Vibrant Abstract Vector

Dah lama tak post sebarang tutorial dalam blog ni. Jadi hari ini aku berjaya mencuri masa untuk buat tutorial(padahal kat opis takde keje nak buat) yang tidak seberapa ini. Apa yang ingin aku buat? Sama-sama saksikan.

Ini yang aku hasilkan masa takde keje nak buat kat opis petang tadi. Mungkin yang dah pro akan kata 'ini level beginner jer' tapi bagi aku jarang sekali aku guna teknik yang digunakan dalam penghasilan artwork macam ni. Boleh kata sesuatu yang baru aku explore dalam Illustrator. Tanpa buang masa aku tunjukkan caranya.

1.Buka Illustrator. Kemudian create new file dan set pada saiz yang korang suka (tutorial ni aku set pada saiz A4). Pastikan mode colour dalam RGB. Kemudian letak background hitam dan lock supaya tidak bergerak.


2. Dengan menggunakan Pencil Tool (N), hasilkan bentuk secara rawak mengikut kreativiti korang. Selepas itu dengan bentuk yang korang buat tu masih active, pergi ke Object > Create Gradient Mesh. Pada setting, korang bebas untuk setting dan kalau ragu-ragu set 3 untuk Row dan Column. Kemudian tekan Ok. Rujuk gambar dibawah untuk rujukan.


Guna Direct Selection Tool (A) untuk pilih setiap point pada objek yang telah menjadi Mesh. Pastikan warna gelap ditengah dan warna disekelilingnya korang bebas untuk letak warna apa pun asalkan menarik.

3. Buat lagi beberapa shape dan ulangi proses no.2 untuk hasilkan warna shape tersebut.


4. Kemudian select 3 shape tersebut dan tukar Transperacy ke mode Screen. Sekarang korang susun shape tersebut secara rawak diatas background warna hitam tadi seperti gambar dibawah. Setiap shape tersebut korang boleh resize dan rotate untuk memberi variasi pada design tersebut.


5. Untuk menambah seri design tersebut, pilih Flare Tool dan letak pada setiap cantuman cahaya. Jangan letak terlalu banyak bimbang design tersebut terlalu berat dan tidak sesuai. Apapun ikut kreativiti korang lah asalkan cantik dimata. Set Flare Tool tersebut ke mode Overlay atau ikut kreativiti korang.


6. Kemaskan design tersebut dengan menggunakan teknik Clipping Mask. Caranya pilih Rectangle Tool dan buat shape mengikut artboard tersebut. Pastikan shape tersebut berada paling atas dan select semua objek kemudian klik kanan. Pilih opsyen Clipping Mask dan terhasil seperti berikut.


7. Kemudian pilih Rectangle Tool lagi dan buat shape yang sama seperti tadi dan pastikan Fill tiada warna hanya Stroke saja warna putih. Set ketebalan stroke tersebut dalam lingkungan 18 atau ikut kesesuaian. Tujuannya untuk menghasilkan frame disekeliling design tersebut. Kemudian pilih stroke tadi dan pada menu pergi ke Object > Expand. Kemudian set transperacy pada mode Soft Light.



Tahniah! Korang berjaya hasilkan dengan sendiri. Jika ada kesilapan atau tidak faham boleh tinggalkan kritikan anda dalam ruangan komen kat bawah ni. Selamat mencuba.

P/S : Gambar tutorial kat atas agak pecah sedikit. Buat dalam keadaan terburu-buru memang camtu hehe

12 April, 2013

Doodle Untuk Hari Ini

Dah lama tak post artwork dalam blog ni. Maklumlah sibuk sangat dengan kerja. Tapi artwork ni aku buat time kerja (curi tulang) hehehe. Alaa, sambil-sambil buat kerja cari idea tu merajinkan tangan ni mengalunkan gerakan mouse untuk hasilkan doodle ni. Tengah ada mood ni jangan lengah nanti tak jadi langsung.


Idea buat ni masa aku tengok robot ka youtube so tetiba jer tangan aku jadi rajin mencipta doodle ni. Asalnya lukis muka robot kat kertas tapi terus buat kat PC tak payah trace yang aku lukis kat kertas tu. Buang masa hehe. Memang percubaan pertama yang masih ada kekurangan. Dan tiba-tiba dapat idea dari hasil buat benda ni. Apa dia? Rileks la...nanti aku cerita lagi la yer hehe.

25 March, 2011

Motion Title : Sphere Studio

Kali ni aku nak share artwork yang aku dah buat sebelum ni. Sebenarnya artwork ni dah siap 2 3 hari yang lepas tapi tak berkesempatan nak share dalam blog ni. Untuk pengetahuan korang, motion title ini dihasilkan menggunakan software Adobe After Effect. Sebelum ni aku ade share motion title kat post yang dulu. Kali ni yang latest dari usaha gigih aku nak tajamkan lagi skill editing hehehe. Sori sebab video ni aku tak letak sound efek pasal tak jumpa sound yang sesuai untuk motion title ni. Enjoy!


P/S : Kualiti video telah dikecikkan supaya senang nak upload sebab line berokben macam cibai skit dan tak memberatkan blog ni.

23 January, 2010

After Effect Time

Orait, this is my first project 'suka-suka' by using Adobe After Effect software. It's pretty hard to learn it for the first time. Now as you can see this is the best that i can do at this moment. All this i learn it by myself and guide from tutorial that i download. So anyone interested to learn it check out at http://www.videocopilot.net/ for best tutorial of After Effect. Here are my work:



p/s: seronok sangat buat mende2 camni....kalau pc lagi power lagi baguih hahaha :-p

25 December, 2009

Sovanian


04 November, 2009

Selesai sudah...

akhirnye last present for today...semuanya berjalan dgn lancar..
application running ok kat nset n xde problem..

cume communication skill aku je problem hehe
need to be improve after this...
lecturer tanye aku mcm nak makan aku jer..
terkejut gak la aku tetibe tnya cmtu jer..

orait aku nak share kt korang application yg group kitorang
wat...aku,fana and ira...hasil usaha sama...buruk ke x
just to share and get feedback from the readers who read this...
anything just comment k...hehe leh improve lagi

klik this link
Mspace application
(aku xreti cmne nak letak flash yg aku wt dlm blog...korang kena donlod dulu la k)

15 June, 2009

Kenalkah korang pada ini manusia?

???? sesape t'jumpa mamat ni, dipersilakan repot polis...die b'bahaya skali...hahahahahahahaha meh aku terangkan ciri2 mamat ni supaya snang korang kenal
1.die suke makan besi..klau korang t'jumpa besi yg ade kesan gigit maknanye die ade b'dekatan dgn anda so hati2
2.die ni anti tikus...pantang klau nmpak tikus m'jerit2 smpai tak ingat dunia dan kdg2 leh pengsan
3.die seorg yang cerdik..sebabnye die kan robot nak kate ape lg haha
4.seorang yg pemalu...klau bole die nak sorok jer muke die dlm beg kertas sbb malu yg amat sgt..
5.pandai melatah...pelik tapi benar,inilah 'keistimewaan' robot ni..
jadi kepada mereka diluar sana,sila beri kerjasama anda...awasi makhluk ini
PS:PENULIS BLOG INI DEMAM...JADI DIE AGAK MERENG SEDIKIT HEHEHE

13 June, 2009

Mari Mewarna bersama abang Shah



orait, kali ni aku post hasil keje aku...ni 1st time aku cube kaler artwork ni pakai photoshop..agak buruk skit pasal aku baru blaja lagi hahaha..anyway korang yg lebey arif sila komen mana yg tak ok lg...leh aku touch up lg utk next artwork aku..hehe

17 May, 2009

3D button



ni satu lagi keje aku.cmne nak wt button glass. tahukah anda semua disebalik buton ni aku ade projek nk wat. almaklum la sje nk test terer ke x aku ni dlm dsgn2 ni. so stay tune for more updated.

Mari mngedit

aku alihkan ke label so sng korg yg visit page ni leh tgk ape aku wat mase cuti n mase borink..ni yang aku wt sblum ni...